Sudan bukanlah sebuah negeri yang kaya,
aman dan membangun seperti Malaysia. Pendapatan per kapita rakyat
Sudan cuma 2,400 USD sedangkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia
ialah 16,900 USD. Ini bermakna rakyat Malaysia 6 kali lebih kaya dari
rakyat Sudan.
Namun Sudan telah pun mengeluarkan
helikopter mereka sendiri untuk kegunaan tentera dan pelbagai guna
diambil dari teknologi helikopter AK 1-3 Ukraine.
Malaysia sebenarnya boleh mengilangkan
helikopter sendiri. Namun usaha yang dilakukan oleh para pelajar UTM
pada tahun 2006 terhenti begitu sahaja tanpa usaha untuk
mengkomersialkan atau mengilangkan helikopter buatan anak tempatan.
Helikopter UTM tersebut dari model Exec
162 dengan 4 tempat duduk telah berjaya dalam ujian penerbangan.
Semoga ada komitmen dari para pemimpin
negara untuk memberi kepercayaan kepada anak tempatan untuk
menghasilkan helikopter, kapal terbang, roket dan banyak lagi yang
dapat menjimatkan kos pengeluaran , disamping menambah peluang
pekerjaan kepada anak bangsa secara tidak langsung dapat menjimatkan
wang negara untuk bayaran komisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan