Malaysia akan mengeluarkan kereta
perisai sendiri dalam masa terdekat. Prototaip kereta perisai ini
telah pun dipertontonkan kepada umum. Sebelum ini ATM mempunyai
kereta perisai berantai yang diberi nama ADNAN sempena mengenang jasa
perjuangan Leftenan Adnan ketika menentang penjajahan tentera Jepun.
Adalah dicadangkan agar kerajaan dan ATM mempertimbangkan untuk
memberi nama kereta perisai baru 8 roda ini sebagai HASSAN.
Ini adalah bagi mengenang jasa Sarjan
Hassan yang sebenarnya begitu banyak berkorban ketika menentang
komunis dan jasa Sarjan Hassan yang paling besar bukan setakat telah
membunuh lebih 100 orang pengganas komunis akan tetapi ialah kejayaan
Sarjan Hassan mematahkan cubaan pengganas komunis untuk menggagalkan
pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang
mensasarkan pembunuhan beberapa pimpinan Melayu dan negara pada
ketika itu.
Jika Leftenan Adnan mewakili
pengorbanan pegawai tentera, maka Sarjan Hassan pula mewakili
pengorbanan anggota tentera peringkat bawahan atau lain-lain pangkat
, iaitu kumpulan anggota tentera yang begitu banyak berkorban demi
agama, bangsa dan negara.
Dokumentari penuh Sarjan Hassan di
http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan
Selamat Hari Raya Idil Fitri dari kami
sekeluarga
Maaf zahir dan batin
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan