KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130810

Institusi keluarga di Malaysia menuju kehancuran, kita masih leka


Melihatkan tajuk akhbar hari ini Sabtu 3 Syawal 1434 H bersamaan 10 Ogos 2013 memang amat sedih sekali. Adakah kita sudah lali dengan tajuk akhbar begini, dan berkata tak apa, bukan keluarga aku, yang penting mana nak beraya hari ini? Di mana keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia, saudara se Islam, mazhab Syafie, Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Sekurang-kurangnya doakanlah agar Allah beri petunjuk dan hidayah kepada semua kita agar dapat mencari jalan keluar dari kemelut ini. TV terutamanya perlu banyakkan rancangan soal jawab agama, kaunseling, ceramah, kuliah pada waktu perdana antara 9 malam – 11 malam. Kurangkanlah rancangan hiburan dan gelak ketawa yang melalaikan kita dari permasalahan di sekeliling kita.

TIGA KES PERCERAIAN PASANGAN MUSLIM DALAM SETIAP JAM

KUALA LUMPUR: Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini. Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011. "Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.

KANAK-KANAK PUN MULA MENCUBA SEKS SEMUDA 12 TAHUN

KUALA LUMPUR - "Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun. "Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.

HANTARAN KAHWIN TINGGI PUNCA RAMAI MEMBUJANG

KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda. Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.

HANTARAN TINGGI HARAM

KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak. Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

AIR KETUPAT LUNAS MARAH

Kuala Lumpur: Sukar digambarkan penderitaan seorang isteri yang kini bertarung nyawa di hospital berikutan melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah air panas oleh suaminya sendiri. Lebih memilukan air panas itu dijerang mangsa untuk merebus ketupat yang dibuat khusus bagi memenuhi permintaan suaminya yang baru dibebaskan daripada penjara. Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 9 malam menjelang 1 Syawal di Kepong Rabu lalu selepas pasangan suami isteri berusia 40-an itu bertengkar, namun tidak dapat dipastikan puncanya.

RAMAI JADI SI TANGGANG MODEN

PETALING JAYA - Tidak diketahui di mana silap, hari demi hari semakin ramai anak mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa masing-masing sehingga ada yang tergamak membuang warga emas itu ke pusat jagaan. Bertitik-tolak daripada kemelut sikap anak-anak yang boleh diibaratkan seperti Si Tanggang Moden itu, seorang bekas jururawat terpanggil untuk membuka Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti, Puchong pada tahun 2004. Muji Sulong, 53, memberitahu, dia sudah 10 tahun mengusahakan pusat jagaan itu yang kini menempatkan 66 warga emas yang terdiri daripada 37 wanita dan 29 lelaki.

KES DERA SUAMI PERLUKAN PERHATIAN SERIUS

KUALA LUMPUR - Pada awal usia bercinta Sham, 47, (bukan nama sebenar) dan isterinya berjanji untuk membina rumah tangga bahagia. Bagaimanapun, selepas tujuh tahun berkahwin, Sham mendakwa sering menjadi mangsa keganasan isterinya dan bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 tahun didakwa turut mengikut perangai buruk ibu mereka apabila bersuhabat memukulnya jika si isteri naik angin.



Tiada ulasan: