KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131124

Wabak denggi seluruh Malaysia dan bala ALLAH


Boleh dikatakan banyak tempat di Malaysia pada ketika ini sedang dilanda wabak denggi. Namun kurang kita tengok tindakan susulan menyeru rakyat untuk bertaubat, melakukan gotong royong, menjaga kebersihan di rumah sendiri.

Khutbah Jumaat pun saya rasa belum lagi sentuh isu wabak denggi.

Di Tampin katanya ada sebuah sekolah ditutup kerana ramai pelajarnya diserang demam denggi.

Hospital kerajaan katanya pun sudah penuh dengan pesakit demam denggi.

Tapi yang sedih malam tadi, rakyat kita terutama umat Islam di Malaysia masih leka, masih lalai.

Malam tadi nak tengoklah siaran TV bermanafaat. Tengok TV1 rancangan realiti hiburan untuk kanak-kanak. Tukar TV2, rancangan realiti hiburan untuk remaja pula. Tukar pula ke TV3, rancangan hiburan untuk veteranlah pula. Semua yang menyertai rancangan hiburan tersebut ialah orang Melayu.

Ketika media sibuk dengan isu Syiah, media yang sama pula melalaikan orang Melayu dengan pelbagai hiburan dari kanak-kanak hinggalah ke yang tua dah nak masuk kubur.

Saya kata pada isteri saya, kalau boleh TV kita nak buat siaran realiti bayi yang baru lahir agaknya. Bayi mana lawak paling kuat, ketawa paling kuat, sendawa paling kuat.

Lalu tukar ke TV Hijrah, Alhamdulillah ada siaran Reflection oleh Imam Suhaib Webb yang ramai orang Melayu tak minat kerana tak faham bahasa yang dituturkan oleh Imam Suhaib Webb.

Patutlah tak selesai masalah wabak demam denggi di Malaysia.

Oleh itu mulalah dengan diri kita sendiri. Ajar anak-anak kita bersih rumah, bersih halaman rumah.

Bila masuk rumah susun selipar elok-elok.

Malu, orang kita bila pergi masjid, susun selipar pun tak tahu.

Tiada ulasan: