KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131124

Tunggu 50 tahun tunai haji, kenapa jadi macam ini?


Kalau umur 40 tahun baru nak daftar pergi haji, kalau umur panjang, umur 90 tahun baru dapat pergi haji. Logik ke? Kenapa jadi sampai begini? Di mana silapnya, Tabung Haji atau kita umat Islam di Malaysia yang tidak merancang, tidak mempunyai ikatan ukhuwwah yang kukuh, terutamanya di kalangan adik beradik, saudara mara.

Saya sebelum ini nak daftar anak-anak untuk tunai haji, tapi isteri tak galakkan, katanya kesian mereka yang dah berumur untuk pergi haji.

Tabung Haji perlu kaji semula proses daftar haji, supaya umat Islam tidak daftar haji atas spekulasi, tapi daftar haji semata-mata mengharapkan keredhaan dan keampunan ALLAH semata-mata.

Antara cadangan yang perlu dikaji oleh pihak Tabung Haji ialah :

1. Mereka yang telah pergi haji, tidak dibenarkan lagi untuk daftar tunai haji, walaupun mereka sanggup bayar beratus ribu ringgit dengan pakej haji yang paling mahal.

2. Pemimpin yang telah pergi haji pun, tidak boleh pergi haji buat kali kedua. Sedangkan Sultan Salahuddin Ayubi yang membebaskan Palestin dari tentera salib tidak berkesempatan menunaikan haji kerana memikirkan, merancang bagaimana untuk menawan semula kota Baitul Maqdis pada waktu itu.

3. Anak-anak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan untuk daftar haji, walaupun emak ayah mereka kaya raya, ada simpanan dalam tabung haji berjuta-juta ringgit.

4. Hadkan umur mereka yang nak pergi haji ke 35 tahun sahaja. Mereka yang berumur lebih 35 tahun akan terlalu uzur untuk pergi haji pada usia lebih 85 tahun.

5. Kaji semula mereka yang dapat pergi haji secara percuma melalui pakej kerajaan dan 1MDB untuk imam-imam, ketua-ketua kampung, JKKK dan sebagainya kerana mereka ini pada asalnya ada yang tidak termasuk dalam kuota haji, malahan mungkin ada yang belum pun berdaftar untuk tunai haji.

TUNGGU SEPARUH ABAD TUNAI HAJI
24 Nov 2013

KUCHING – Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tiada ulasan: