Ramai yang tak sedar dan terkejut bila
diberitahu pihak swasta tiada cuti haji, pekerja swasta tak bising
pun. Malahan gaji pekerja swasta tersebut tak setinggi gaji
sesetengah pegawai kerajaan lain. Pekerja swasta yang pergi haji
perlu ambil cuti tahunan, tak cukup cuti tahunan kenalah ambil cuti
tanpa gaji.
Kalau 45 hari pergi haji, kenalah
hampir sebulan ambil cuti tanpa gaji. Yakinlah, rezeki itu dari
ALLAH, manusia dan kerajaan hanya menguruskannya.
Kerajaan tidak bercadang lanjut tempoh
cuti haji
2013/11/26
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang
untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada maksimum
50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai buat
penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim.
"Cuti haji sedia ada untuk
penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan,"
katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan)
pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Mohd Rafizi bertanyakan mengapa cuti
ibadah haji untuk penjawat awam dihadkan kepada 40 hari sedangkan
tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji
mencecah 45 hari.
Kepada soalan tambahan Normala Abdul
Samad (BN-Pasir Gudang), Shahidan menjelaskan kerajaan menyokong dan
menggalakkan swasta memberi cuti haji kepada pekerja swasta tapi
mereka perlu faham bahawa cuti haji tidak perlu sehingga 40 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan