KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131121

Alternatif sekolah Tahfiz di N.Sembilan


Saya terperanjat apabila saya baru tahu rakan sekerja saya menghantar anak lelakinya berusia 14 tahun belajar tahfiz sepenuh masa di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau. Terkejut sebab mana pula dia dapat maklumat mengenai madrasah tersebut sedangkan madrasah tersebut dekat dengan rumah emak saya dan belum ramai lagi yang tahu program tahfiz di madrasah tersebut.

Dia kata dia dapat maklumat dari internet, dalam blog. Saya tanya berapa yurannya sebulan, dia sebutkan. Saya kata murah sangat tu, sedangkan tempatnya memang amat selesa, lengkap serba serbi, makan minum pun setiap kali saya pergi madrasah tersebut memang berkat.

Anak rakan saya ini tidak berapa minat belajar akademik. Saya beritahu rakan saya, kita tak boleh paksa anak-anak kita belajar bidang apa, kita cuma boleh bimbing. Kita perlu selalu tanya anak-anak kita adakah dia selesa belajar di sekolah atau madrasah. Rakan saya kata memang anak dia kini seronok belajar di tempat tersebut.

Eloklah kata saya, kerana tempat tersebut memang elok, situasi kampung yang menenangkan, dengan ustaz-ustaz yang begitu komited.

Mereka yang ingin tahu lebih lanjut Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim terdapat di http://madrasahbongek.blogspot.com

Tiada ulasan: