Orang yang tidak bayar hutang di dunia,
dia akan terpaksa membayar hutangnya di akhirat dengan amalan baiknya
jika ada. Jika tak ada , dia akan pikul dosa orang yang beri dia
hutang di dunia. Jadi kalau kita beri orang hutang, orang tak bayar,
jangan risau, kita boleh tuntut di akhirat.
Tapi ada lebih baik dari itu kalau
orang tak bayar hutang kita di dunia.
Menurut Ustaz Dato Arshad Abd Samad
dalam kuliah subuh di Masjid Bandar Baru Senawang, Dato mengatakan
dari satu hadith lebih kurang bermaksud, kalau kita maafkan orang
yang tidak dapat membayar hutang kita di dunia, ALLAH akan maafkan
kesalahan kita.
Nah, nak mana satu, nak ALLAH maafkan
kesalahan-kesalahan kita di akhirat, atau kita nak ambil pahala orang
yang berhutang dengan kita, atau kita mahu pindahkan dosa kita pada
orang yang berhutang dengan kita?
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan
hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada
hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan
Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali
naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan