KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131124

Bagaimana pelajar kita solat Jumaat dalam bas sekolah?


Alhamdulillah , syukur Johor kembali cuti pada hari Jumaat. Saya amat cemburu mereka di Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mereka tak perlu terkejar-kejar tunai solat Jumaat, mereka boleh datang awal masjid melakukan solat sunat, zikir dan baca al Quran. Juga boleh zikir lama-lama dan solat sunat dengan selesa selepas solat Jumaat.

Berbeza dengan kami di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain di Tanah Melayu ini. Tempat saya kerja di Senawang waktu rehat hari Jumaat dari 12.45 tgh ke 2.30 ptg. Masa 1 jam 45 minit inilah kami berkejar-kejar untuk mandi sunat kot sempat, pakai baju Melayu kot sempat, makan tengahari, dengar khutbah Jumaat dalam keadaan mengantuk mendengar teks khutbah yang seragam satu Malaysia.

Negeri yang tidak cuti hari Jumaat, harap kerajaan negeri beri panduan dan kemudahan para pelajar sekolah yang kita sedang nak pergi masjid solat Jumaat mereka sedang menunggu bas nak pergi sekolah agar diberi panduan macamana mereka nak solat Jumaat atas bas, atau apabila sampai di surau sekolah, agar ada ustaz yang bawa solat Jumaat di surau sekolah.

Begitu juga kilang-kilang yang tidak benarkan pekerja mereka solat Jumaat , agar pihak Jabatan Agama Islam Negeri beri panduan macamana pekerja kilang ini dapat tunaikan solat Jumaat di kilang mereka.

Begitu jugalah kepada para peniaga warung Islam, restoran Islam agar diberi nasihat, bimbingan, betapa berdosanya mereka berniaga beri makan kepada orang lelaki Islam apabila masuk waktu solat Jumaat terutamanya apabila khatib sudah mula membaca teks khutbah.

Semoga umat Islam di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat pergi awal ke masjid pada hari Jumaat, terutama mereka yang baru atau sudah lama bertahun-tahun balik haji, di mana bila kita di Mekah, jam 9 pagi kita sudah berebut-rebut masuk Masjidil Haram menunggu solat Jumaat.

Tiada ulasan: