Apa sebenarnya punca isu Cadbury ini? Adakah JAKIM sebelum
ini menggunakan makmal Kementerian Kesihatan yang tidak diiktiraf oleh Jabatan
Standard Malaysia? Apakah mungkin Cadbury boleh menyaman JAKIM berbillion ringgit kerana menggunakan makmal
yang kerajaan Malaysia sendiri tidak iktiraf?
Apakah apabila JAKIM menyedari kesilapan mereka, cepat-cepat
mereka hantar sampel ke Jabatan Kimia?
Semakan di laman web Jabatan Standard Malaysia mendapati
hanya 12 makmal dari ratusan makmal di seluruh Malaysia yang diiktiraf atau
layak untuk membuat ujian Nucleic Acid atau DNA dan tiada satu pun Jabatan/Kementerian
Kesihatan yang boleh buat ujian DNA.
Harap JAKIM berterus terang dalam isu ini, siapa yang buat
silap sebenarnya?
Kita boleh semak sendiri makmal yang boleh ujian DNA atau
Nucleic Acid di http://www.standardsmalaysia.gov.my/directory/testing-lab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan