Sejuk mata, hati apabila solat jemaah
di Madrasah Tuan Haji Ibrahim, Bongek, Rembau. Apa ke tidaknya, para
pelajarnya berubah putih dan berserban. Rasa begitu tenang sekali.
Tanpa disuruh dan diminta para pelajar ini apabila jumpa salam, cium
tangan, bukan kita minta, tetapi mereka dibudayakan begitu hanya
mengharapkan redha ALLAH.
Setiap Ramadhan, yang menjadi perhatian
ialah Rumah Anak Yatim, mereka ini akan penuh jadual mereka untuk
menghadiri majlis berbuka puasa. Tetapi jarang kita dengar promosi
berbuka puasa di Sekolah Pondok/Tahfiz.
Dan di Negeri Sembilan ini terlalu
sedikit bilangan Sekolah Pondok/Tahfiz, lebih-lebih lagi yang
mempunyai program secara tradisional dan konvensional. Di Rembau
hanya ada 2 Sekolah Pondok/Tahfiz yang diusahakan oleh 2 orang guru
serta sahabat yang saya kasihi dan hormati.
Yang pertama ialah Madrasah Tuan Haji
Ibrahim di Bongek, mempunyai sekitar 30 orang pelajar. Pengetuanya
ialah Ustaz Khairuddin Yusof, cucu kepada ulama terkenal di Malaysia
iaitu Almarhum Tn Hj Ibrahim. Yuran yang dikenakan kepada pelajar
yang belajar di sini saya rasa antara yang termurah di Malaysia.
Untuk menampung kekurangan kos pengurusan ialah dengan sumbangan dan
derma orang ramai.
Yang keduanya ialah Madrasah Az Zakirin
yang diusahakan oleh Ustaz Zakaria Talib, juga terletak di Bongek,
berhampiran kaki Gunung Datuk. Madrasah ini dalam keadaan sekitar
yang begitu aman, nyaman, hijau, dihiburkan dengan kicauan burung.
Jumlah pelajarnya sekitar 12 orang. Yuran adalah mengikut kemampuan
ibu bapa pelajar dan ditampung dengan sumbangan orang ramai.
Kedua-dua madrasah ini pada perkiraan
saya amat sesuai kepada mereka yang ingin mendapat pahala memberi
orang berbuka puasa selain penghuni rumah anak yatim.
Mereka yang ingin memberi makan berbuka
puasa untuk pelajar Sekolah Pondok/Tahfiz di Rembau ini bolehlah
berjumpa terus dengan Ustaz Khairuddin atau Ustaz Zakaria. Jika
hendak no telefon mereka sila hubungi saya 012-2267406 ,
rozmal@yahoo.com atau PM FB :
Rozmal
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Semoga Ibadah Kita Pada Bulan Ini
Diterima ALLAH dan Diampunkan Semua Dosa Kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan