KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140614

Kisah ADUN BN DUN Paroi


YB Mohd Ghazali bin Abdul Wahid merupakan ADUN BN di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau. Kami seling kenal mengenali sebelum beliau menjadi ADUN selepas PRU 13, sebab kami tinggal taman bersebelahan.

Selepas dan sebelum beliau menjadi ADUN, gaya hidup belia saya lihat sama saja. Masih tinggal di rumah yang sama, kereta yang sama, motosikal yang sama, cara berpakaian yang sama. Walaupun beliau ADUN di kawasan bandar, tetapi cara pergaulan beliau macam ADUN di kawasan kampung zaman Tun Razak, hidup sekadar apa yang ada.

Semalam saya solat Isya di surau tempat beliau tinggal. Bila jumpa, dia pula yang tegur dulu. Dia tahu saya ini orang PAS dari dulu lagi. Lepas solat, ada pula kenduri di taman tersebut. Bila masa jamuan di ajak pula duduk sekali satu jambar dengan beliau, Ustaz Dato Arshad dan Abang Jaafar Nazir Masjid.

Nampak gayanya PAS kena kerja lebih kuat untuk PRU 14 nanti sekiranya beliau dicalonkan semula sebagai ADUN Paroi.

Banyak-banyak ADUN BN yang saya kenal, rasanya beliau yang paling “low profile”.

Tiada ulasan: