Bukan tak minat Piala Dunia 2014, tapi
masa “timing” tak sesuai. Pagi ni rasanya ada siaran langsung,
tapi mata terpaku tengok Kuliah Ustaz Dato Hasan Din Al Hafiz di TV.
Ustaz ceritakan Allah Maha Adil. Kenapa Allah jadikan anak-anak kita
ada yang pandai, ada yang kurang pandai, tak berjaya dalam pelajaran
dan sebagainya.
Ustaz menceritakan kisah benar yang
banyak berlaku sekarang ini. Ada satu keluarga 3 anaknya
pandai-pandai belaka, kerja professional, bila berkahwin tinggal di
ibu kota.
Anak yang ke 4, tidak berjaya dalam
pelajaran. Yang ke 4 ini hanya kerja kampung. Apabila kedua ibu
bapanya tua, anak yang ke 4 inilah yang menjaga orang tua keluarga
ini, menghantar ke hospital dan sebagainya.
Adil tak Allah?
Oleh itu apabila ada anak kita yang
kurang cemerlang, jangan diperlekehkan. Yang penting pastikan anak
kita semua menjadi anak yang soleh, solat tidak culas. 9 A SPM, 5A
UPSR itu perkara ke 2. Utamakan Islam dulu.
Saya sendiri telah banyak perhatikan
perkara yang sama. Yang terkini kisah keluarga di Kg Tanjung Sena
Hulu, Rembau yang keluar beritanya dalam Sinar Harian. 3 tahun anak
yang boleh dikatakan kurang berpelajaran inilah yang menjaga ibunya
yang terlantar di atas katil, membasuh beraknya dan sebagainya.
Seminggu selepas saya menziarahi keluarga ini, ibu keluarga ini telah
menemui Pencipta NYA.
ALLAH MAHA ADIL.
Utamakan ALLAH, Rasul, Ibu Bapa, Piala
Dunia yang ke 4 , atau ke 5, atau mungkin ke 100.
1 ulasan:
Betul tu. Saya setuju dengan tuan. Pandai x pandai tu semua urusan Allah. Ade sebab kenapa Allah buat macam tu. Kite merancang Dia pon merancang, tapi perancangan Dia adalah yang terbaik buat kita. InsyaAllah..
Catat Ulasan