KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140628

Tahniah Untuk Imam, Nazir, SU Masjid di N.Sembilan Yang Baru Dapat Tauliah


Saya Rozmal bin Malakan anak Negeri Sembilan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Imam, Nazir dan Setiausaha Masjid yang baru dilantik dan mendapat tauliah di Negeri Sembilan.

Saya harapkan agar masjid-masjid di Negeri Sembilan ini Imam, Bilal, Siak, Nazir, AJK dan ahli kariahnya dapat mengenepikan kepentingan peribadi, keluarga, politik agar matlamat kita hanya satu sahaja, iaitu hanya mengharapkan redha ALLAH dan mengharapkan semua dosa kita diampunkan menjelang akhir Ramadhan.

Marilah kita sama-sama fikirkan macamana kita hendak pastikan masjid kita dipenuhi setiap solat 5 waktu dari Maghrib, Isya, Subuh, Zuhur hingga ke Asar ketika Ramadhan , selepas Ramadhan dan hingga ke Ramadhan tahun hadapan.

Marilah kita sama-sama risau, risau yang amat sangat apabila masjid di tempat kita ada 1 waktu dalam setahun yang tiada solat jemaah.

Marilah kita risau, fikirkan bagaimana kita hendak pastikan ahli kariah kita tidak sia-sia puasa mereka apabila mereka tidak solat.

Takutlah ALLAH, takutlah ALLAH, takutlah ALLAH, tanggungjawab kita besar, lebih besar dari memelihara adik Firdaus, remaja OKU dari Nilai, N.Sembilan.

Semua kita akan ditanya di akhirat nanti, kenapa kita biarkan masjid kita tidak penuh solat jemaah.

Ahli Kariah akan ditanya, Imam dan Nazir akan ditanya, yang melantik dan memberi tauliah kepada Imam dan Nazir juga akan ditanya.

Saya tak mampu nak bantu. Amanah saya sebagai ahli kariah di Masjid Bandar Baru Senawang dan Masjid Bongek pun banyak yang leka dan terabai.

Hanya kepada ALLAH kita mohon ampun, berserah dan mohon pertolongan.

Tiada ulasan: