Walau apa pun transformasi masjid,
penubuhan lembaga masjid dan sebagainya, matlamat yang paling utama
dalam masjid ialah berapa ramai ahli kariah hadir solat jemaah di
masjid tersebut, berapa banyak kuliah ilmu diadakan di masjid
tersebut, berapa ramai yang hadir kuliah ilmu di masjid tersebut.
Kayu pengukur kecemerlangan masjid di
Negeri Sembilan, KPInya bukan setakat masjid yang indah, lanskap yang
cantik, tabungan masjid yang berjuta ringgit, tetapi perlu diutamakan
kehadiran Imam, Bilal,Siak, Pengerusi serta AJK yang dilantik setiap
solat 5 waktu, kehadiran ahli kariah ke solat jemaah serta kuliah,
kekerapan kuliah dan kebajikan ahli kariah dijaga, jangan sampai
penderitaan ahli kariah terpampang di dada akhbar barulah semua pihak
hendak ambil tahu.
Lembaga Masjid dan Surau ditubuhkan -
MB
SEREMBAN 27 Jun 2014 - Sebuah Lembaga
Masjid dan Surau peringkat negeri akan ditubuhkan dalam waktu
terdekat bagi menyelaraskan aktiviti dan keperluan institusi itu,
seiring dengan usaha mengharmonikan umat Islam keseluruhannya.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Mohamad Hasan memberitahu, di bawah lembaga berkenaan akan ada
jawatankuasa dengan dengan beliau menjadi pengerusi peringkat negeri,
manakala semua Pegawai Daerah menganggotai jawatankuasa berkenaan,
selain beberapa Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
"Lembaga yang akan diwujudkan ini
akan menjadi pusat pemantau dan pengurusan masjid. Selain itu, ada
penyelaras masjid dan surau yang kita bawa daripada Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), di bawah pemantauan ataupun di
bawah kuasa MAINS," katanya di sini, hari ini.
Mohamad memberitahu, di peringkat
daerah pula akan diwujudkan jawatankuasa masjid dan surau dengan
dipengerusikan oleh Pegawai Daerah serta dibantu timbalan pengerusi
oleh Pegawai Agama Islam daerah masing-masing.
"Setiausaha di peringkat daerah
ini ialah pegawai-pegawai penyelaras masjid dan surau. Kalau boleh,
kita akan lantik jawatankuasa yang besar untuk memastikan turutan
proses pentadbiran ini dapat dilangsungkan dengan berkesan,"
jelasnya.
Kata beliau, untuk tujuan itu juga
MAINS akan diperkukuhkan bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran
masjid dan surau.
Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan,
pada tahun ini, pihaknya juga akan mengembangkan konsep eksekutif
masjid.
"Sebanyak 18 orang pegawai muda
yang mempunyai ijazah dalam bidang agama Islam dari Mesir dan
beberapa universiti lain telah diberikan jawatan dan menjalani kursus
selama enam bulan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
antaranya berkaitan pengurusan dan kewangan.
"Mereka akan ditempatkan di masjid
yang diperlukan dahulu dan ada dalam kalangan mereka terdiri daripada
hafiz al-Quran," katanya.
Justeru, kata beliau, adalah perlu
pengurusan masjid memberikan kerjasama kepada pegawai muda ini dan
memberikan sokongan dalam mereka melaksanakan tanggungjawab yang
telah diamanahkan.
"Mereka akan datang ke masjid
sebagai pentadbir dan setiausaha serta pengerusi masjid perlu
bekerjasama agar masjid dapat diurus dengan baik.
"Apa yang penting kita mahu lihat
masyarakat Islam di negeri ini terus kukuh, bersatu padu dan jangan
berpecah-belah," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan