Ini semua kuasa Allah. Walaupun hujan turun dengan lebatnya
setiap hari, namun bumi seakan-akan tidak mahu menadah air tersebut. Walaupun
pelbagai teori, fenomena, kajian sains dilakukan, percayalah ini semua kuasa
Allah. Allah boleh suruh bumi mengeluarkan air, Allah boleh suruh bumi menadah
air, Allah boleh suruh tanah gambut kelapa sawit tidak menyerap air. Kembalilah
kepada Allah, hidupkanlah, penuhkanlah semua masjid-masjid di N.Sembilan ini
dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Jangan biarkan masjid-masjid di N.Sembilan
mati. Banyakkan bertaubat dan berselawat, sebarkan kasih sayang rapatkan
ukhuwwah sesama kita.
EMPANGAN GEMENCHEH KRITIKAL
5 Jun 2014 - Paras air di Empangan Gemencheh kini berada
pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan selama 45 hari sebelum mencapai
paras minimum.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan itu
berlaku disebabkan ketiadaan hujan di kawasan tadahan air, manakala dua anak
sungai yang membekalkan air di empangan sudah kering.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada cadangan
mengadakan catuan air di kawasan terbabit kerana keadaan masih lagi terkawal.
Kelmarin, paras air Empangan Gemencheh turun kepada 98.01
meter, menghampiri paras kritikal 98 meter dan paras minimum 86 meter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan