Pada 15 Jun 2014 seorang anggota polis berpangkat Koperal
dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dikatakan menembak diri sendiri selepas membunuh
seorang pengawal keselamatan. Pada 13 Jun 2014 pula dilaporkan 6 orang anggota
tentera dari Jabatan Siasatan Khas di Kem Jeti Pulau Pisang, Johor telah
ditangkap berhubung kes rogol gadis berusia 14 tahun di pantai Pontian Besar.
Tiga dari enam anggota tentera yang ditangkap tersebut diuji positif dadah.
Pada 30 Mei 2014 pula seorang anggota komando Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang
anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang
dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di
Pekan Lahad Datu.
Negara dikejutkan lagi dengan kes penculikan di perairan
Sabah pada 16 Jun 2014.
Nampaknya tembak, bunuh, bunuh diri, rogol, pengambilan
dadah di kalangan anggota keselamatan kita bukan lagi kes terpencil. Sesuatu
perlu dilakukan di semua peringkat, bermula dari kepimpinan tertinggi ATM dan
PDRM serta KDN dan MINDEF.
Ini adalah masa yang terbaik untuk dibahaskan perkara ini di
parlimen di kalangan ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat demi keamanan dan
keselamatan negara.
Usaha Dakwah, Kaunseling dan Kebajikan di kalangan anggota
ATM dan PDRM perlu diperhebatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan