Semalam ketika berbual dengan rakan
saya di majlis akikah seorang rakan, saya beritahu pada dia kita
tidak boleh mengharapkan derma semasa ceramah seseorang tokoh yang
terkenal untuk buat sesuatu projek kebajikan. Niat kita untuk sesuatu
program itu perlu jelas, nak orang ramai datang dengar ceramah agar
dapat hidayah dan rapatkan ukhuwwah, atau nak orang yang ramai datang
hulurkan derma atau sumbangan?
Secara berseloroh saya mengatakan kita
perlu belajar dari penjenayah, penyangak skim cepat kaya bagaimana
mereka boleh meyakinkan orang ramai untuk melabur dalam skim mereka,
sedangkan kita umat Islam, yang yakin syurga itu ada, neraka itu ada,
setiap pelaburan akan mendapat hasil yang beratus kali ganda atau
mungkin berbillion kali ganda di dunia dan akhirat tidak dapat
meyakinkan orang ramai untuk menghulurkan derma untuk tujuan
kebajikan, membantu keluarga daif, membantu pelajar yang memerlukan
belanja yang besar untuk masuk IPT, membantu membangunkan surau,
masjid, sekolah tahfiz dan rumah kebajikan?
Setiap hari pasti ada orang yang
pencen, ada orang bersara, orang yang keluarkan wang KWSP dan
sebagainya.
Salahkan diri kita sendiri yang tidak
pandai meyakinkan umat Islam untuk berderma, bersedekah, berwaqaf
jutaan ringgit.
Malulah kita dengan penjenayah yang
berjaya meyakinkan orang ramai untuk melabur dalam pelaburan yang
entah apa-apa, sedangkan kita ada Islam, kita ada ALLAH, kita ada
Nabi Muhammad SAW tetapi tidak dapat meyakinkan orang ramai akan
keindahan Islam itu, ketenangan Islam itu.
Yang peliknya kadang-kadang ada orang
bukan Islam yang derma kepada sekolah tahfiz, surau dan masjid kerana
orang bukan Islam tadi yakin dengan berbuat demikian perniagaan
mereka akan semakin maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan