Lampu kereta sekarang ini jenis plastik. Tak sampai 3-4 tahun dah pudar. Bila pudar, waktu malam lampu akan kurang terang. Lampu yang berkilat akan menjadikan ianya lebih terang dan lebih cantik.
Cara mudah untuk mengembalikan
kekilatan pada lampu ialah gosok menggunakan pengilat logam seperti
Autosol atau jenama lain. Bersih dan keringkan lampu. Gunakan kain
kering, sapukan sedikit autosol dan gosok rata pada permukaan lampu
dengan sedikit tekanan semasa menggosok. Biarkan kering 1-2 minit.
Gosok dengan kain bersih dan kering sehingga kesan Autosol hilang dan
lampu kembali berkilat.
Gambar lampu kereta berusia 9 tahun
selepas digosok dengan Autosol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan