KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140614

Penjara Malaysia gagal, penjenayah mewah dalam penjara


Ternyata luahan seorang pegawai penjara kepada saya sebelum ini bahawa sistem penjara Malaysia sekarang ini menyebabkan ada banduan sampai 20 kali masuk penjara, purata banduan masuk penjara 5 ke 6 kali adalah benar. Tidak seperti masa dia mula kerja penjara dulu, penjenayah berulang masuk hampir tiada. Banduan sekarang mewah makan, tidak boleh dijentik pun dengan slogan PENJARA SEJAHTERA. Tak tahulah apa Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat bahaskan di Parlimen, mereka semua tak kisah perkara ini atau terlalu sibuk berpolitik agaknya.

Curi: Tukang sapu dipenjara kali kelapan
13 Jun 2014

KUALA LUMPUR - Seorang majistret hari ini menyifatkan seorang tukang sapu 'bagaikan tidak insaf dan mengambil pengajaran daripada hukuman terdahulu' apabila dia dihukum penjara buat kali kelapan hari ini bagi kesalahan mencuri.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 44 bulan selepas Mohd Jaafar Baharum, 42, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu cuba mencuri dan pecah pejabat.

Mengikut rekod mahkamah, Mohd Jaafar pernah dipenjara sebanyak tujuh kali bagi kesalahan mencuri, samun, pecah rumah dan curi kereta sejak 1991.

Pada prosiding hari ini, dia didakwa cuba mencuri wayar besi dari bangunan Maktab Perguruan Teknik (IPG) di Jalan Yaakob Latif, Cheras pada 2.40 petang 5 Jun lepas.

Mohd Jaafar juga didakwa memasuki sebuah premis pejabat melalui bumbung secara tidak sah dan mengambil tiga unit komputer riba, dua unit telefon bimbit, dua unit kamera digital serta wang tunai RM3,800 di Desa Tun Razak di sini pukul 12 tengah hari pada 2 September 2009.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan bagi kesalahan cuba mencuri, 30 bulan bagi kesalahan pecah pejabat dan tiga bulan bagi setiap kesalahan gagal mempamer dokumen pengenalan diri.
- Bernama

Tiada ulasan: