14 Jun 2014 – 15 Syaaban 1435
Port Dickson – Program Sukan Pantai
Badan Berkanun yang bermula semalam berakhir dengan insiden empat
khemah diterbangkan ribut malam kelmarin. Penolong Pegawai Rela
Daerah Port Dickson, Mejar Hassan Selim berkata, kejadian berlaku
dengan pantas apabila khemah yang bersambung antara satu sama lain
terangkat dan terbalik.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15
malam ketika empat anggota Rela dan 10 sukarelawan pihak penganjur,
Persatuan Badan Berkanun dan Universiti Institut Teknologi Mara
(UiTM) sedang melakukan acara santai sambil berkaraoke.
Dijangka seramai 500 orang akan
menyertai program berkenaan yang diadakan di Pantai Bagan Pinang
selama tiga hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan