Alhamdulillah, saya telah menyampaikan
sumbangan daripada seorang individu untuk keluarga ini di Kg Tanjung
Sena Hulu. Puas juga mencari rumahnya. Keluarga ini masih menunggu
katil beroda yang diharapkan. Menurut mereka permohonan kepada Baitul
Mal telah dibuat. Semakan saya di laman web Baitul Mal bantuan
perubatan telah diluluskan pada 5 Mei 2014, tetapi tidak pasti adakah
ianya bantuan katil beroda tersebut.
Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014
REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti
anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu.
Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih." Demikian luahan
seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79,
hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya
lebih tiga tahun lalu.
"Malah saya perlu berhati-hati
kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di
hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan
akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.
Justeru itu katanya, dia amat berharap
permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan
berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan