KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140608

Al Fatihah, makcik Zainab ini sudah kembali menemui Allah


Baru minggu lepas saya menyampaikan bantuan kepada keluarga makcik Zainab ini di Kg Tg Sena Hulu, Rembau sumbangan dari seorang individu serta bertanyakan status permohonan katil beroda. Hari ini tadi saya menerima panggilan telefon daripada menantu makcik Zainab mengatakan makcik Zainab telah meninggal dunia pada Jumaat 6 Jun 2014. Semoga Allah menempatkan roh makcik Zainab bersama roh orang-orang yang soleh serta memberikan ketenangan, kesabaran dan kedamaian kepada keluarga almarhumah makcik Zainab.
Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih."

Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Hamidah berkata, buat masa ini, dia dalam proses memohon bantuan katil beroda dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung keperluan susu serta lampin pakai buang emaknya.

“Buat masa ini, hanya suami saya, Zulkifli Kedah, 58, sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan emak mendapat pencen arwah ayah sekitar RM400 sebulan.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

"Saya juga amat berharap bantuan JKM dapat diluluskan kerana dengan bantuan itu dapat membeli keperluan harian emak," katanya.

Tiada ulasan: