Semoga lebih ramai para ulamak dan para ustaz mencontohi
keberanian mualaf dari Amerika Syarikat ini Imam Suhaib Webb yang sebelum ini
banyak berguru dengan para ulamak di Mesir. Secara terus terang Imam Suhaib
Webb meluahkan kekecewaan dan kemarahan beliau terhadap para ulamak yang
mendoakan pemerintah yang zalim. Suhaib Webb mengatakan para ulamak ini bukan
sahaja pengecut tetapi telah menguburkan ilmu mereka sendiri.
Saya bersama Imam Suhaib Webb walaupun saya bukan ulamak,
saya cuma hamba ALLAH. Bagaimana dengan para ulamak, para ustaz, para ustazah,
para pendakwah lain di Malaysia ini? Malulah kita dengan Suhaib Webb yang
dulunya seorang yang taat dengan Kristian, cucu seorang Paderi. Kini Imam
Suhaib Webb mahir dalam pebagai ilmu Fekah, Syariah, Tafsir, Hadith dan banyak
lagi.
Jangan pula Imam Suhaib Webb diharamkan untuk masuk Malaysia
dan siarannya siri Reflection di TV Hijrah disekat.
Dibawah ini luahan dari FB Imam Suhaib Webb
When I see scholars praying for oppressors, I feel a
tremendous sickness and anger. Some of my former teachers have taken positions
that are not only cowardly, but soil the pure knowledge they claim to uphold.
No matter how many ijaazas, your family lineage, your
clothes or mystic claims; if you can't stand with the masses; if you can't
oppose the killing of civilians, the spreading of corruption, then, by Allah,
those things will be a witness against you.
May Allah help the Umma and protect it from those who seek
to harm it, dressed in the garments of ulema and sufi sheikhs.
Allah bless this community!
Suhaib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan