Hampir setiap kali sebelum atau selepas
solat Subuh kita akan nampak hanya satu bintang terang di langit.
Bintang ini membelakangkan kiblat. Lepas solat Subuh di Surau
Alamanda pun saya nampak bintang ini, lepas solat Subuh di Masjid
Bongek pun nampak, lagi terang di Bongek dan amat-amat cantik kerana
berlatar belakang Gunung Datuk.
Bintang ini ialah Bintang Syikra,
satu-satunya bintang yang disebut di dalam Al Quran. Saintis
mendapati Bintang Syikra ini sebenarnya ialah bintang berkembar,
Syikra A dan Syikra B. Syikra A adalah paling terang, Syikra B tidak
kelihatan. Dua bintang ini mengelilingi satu sama lain dalam satu
orbit selama 49.9 tahun dalam bentuk lengkungan berkembar seperti
busaran panah.
Ianya jelas disebut dalam Al Quran pada
ayat ke 49 dan 9.
Sayang, kita umat Islam ada satu buku
yang begitu hebat iaitu Al Quran, tetapi kita tidak dapat menghayati
apatah lagi mengamalkan setiap suruhan di dalam Al Quran.
Besok selepas atau sebelum solat Subuh
cuba perhatikan membelakangi kiblat bintang ini.
Sehingga menjadilah jarak sekadar dua
hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (An-Najm 53:9)
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan
(Pencipta) "Bintang Syikra; (An-Najm 53:49)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan