KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140601

Kalau nak perjuang Melayu, belajar sejarah, sayang bangsa, tolong bangsa


Kadang-kadang saya hanya tersenyum dalam hati apabila melihat gelagat mereka yang memperjuangkan bangsa Melayu tetapi tak kenal sejarah mereka sendiri, asal usul mereka, pejuang bangsa yang ada di daerah dan negeri mereka sendiri, terutamanya di Negeri Sembilan.

Kalau nak cerita pasal Rejimen Askar Melayu, kenal siapa pengasasnya, siapa pahlawan askar Melayu dari Negeri Sembilan seperti Sarjan Hassan yang berasal dari Lenggeng, Leftenan Adnan dari keturunan pahlawan Dato Siamang Gagap dan beberapa rakan seperjuangan Leftenan Adnan di Bukit Candu yang berasal dari N.Sembilan yang ramai generasi muda Melayu N.Sembilan tak kenal.

Cakap pasal Askar Melayu, orang Melayu N.Sembilan khususnya orang Rembau pun ramai tak tahu salah seorang dari 4 pembesar Melayu yang mendesak dan mengasaskan Askar Melayu ialah Undang Rembau serta Yam Tuan Besar N.Sembilan.

Menurut arwah ayah saya, hanya 2 orang keturunan Undang Rembau iaitu Undang Dato Abdullah yang menyertai Askar Melayu, iaitu arwah ayah saya dan anak buah Dato Abdullah yang masih hidup lagi sekarang ini yang sentiasa bersama Sheikh Nuruddin Al Banjari.

Kalau nak cerita pasal 13 Mei pula, ayah saya antara salah seorang pegawai tentera yang melakukan misi khas di tempat panas bersama askar Renjer berketurunan Iban.

Nak cerita pasal zaman komunis, diceritakan, arwah atok saya hendak menghapuskan satu kampung Cina seorang diri dengan parang, tetapi dihalang oleh orang kampung.

Jadi kalau nak perjuang sangat bangsa Melayu, kenali sejarah perjuangan ayah, datuk, moyang kita sendiri, sejarah daerah dan negeri kita.

Kalau ada orang susah di tempat kita , tak kiralah apa bangsa sekali pun tolonglah, hanya kerana semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.

Islam yang ada pada kita perlu kita jaga, pertingkatkan iman kita, imarahkan surau dan masjid tempat kita dengan solat jemaah.

Tadi saya terima SMS mengatakan ada Jemaah Tabligh 40 hari akan berada di Surau Alamanda mulai hari ini. Saya balas balik, Alhamdulillah.

Tiada ulasan: