Apabila cuaca kemarau, kering, panas kita hendaklah kerap
memeriksa kenderaan kita, kerana air terpeluwap dengan cepat dan udara
mengembang bila panas, antaranya ;
1. Air bateri – Periksa air bateri selalu, seminggu sekali
jika cuaca terlalu panas dan bateri sudah lama. Periksa ketika enjin sejuk pada
waktu pagi sebelum memanaskan enjin. Tambah air bateri mengikut sukatan
2. Air radiator - Periksa ketika enjin sejuk pada waktu pagi
sebelum memanaskan enjin. Periksa pada tangki radiator dan tangki simpanan dan
tambah air mengikut tahap yang ditentukan.
3. Air pencuci tingkap
4. Tekanan angin dalam tayar – Cuaca panas akan menyebabkan
tekanan angin tinggi, tayar mengembang.
5. Hos dan penutup saluran petrol – Jika ada berbau petrol bukan
ketika mengisi minyak, terutamanya bila enjin sejuk menunjukkan ada kebocoran.
6. Kereta tidak berhabuk – Cuci kereta apabila habuk terlalu
tebal. Habuk akan menyebabkan oksidasi yang boleh merosakkan dan memudarkan
cat. Cat kereta yang pudar akan menyerap haba menjadikan kondisi dalam kereta
lebih panas.
Pemandu cemas kereta terbakar
15 Jun 2014
SEREMBAN - Seorang lelaki cemas apabila kenderaan jenis
Perodua Kembara dipandunya terbakar secara tiba-tiba berdekatan Plaza Tol Setul,
Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) arah ke Nilai, di sini, semalam.
Pegawai Bomba Kanan II, N Sundram berkata, pihaknya bergegas
ke tempat kejadian selepas dimaklumkan insiden yang berlaku kira-kira 5 petang.
Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan
pemandu Perodua Kembara yang berusia lingkungan 40-an itu sempat melarikan
diri.
“Dipercayai, mangsa yang sedang memandu seorang diri telah
berhenti serta-merta di bahu jalan selepas menyedari bahagian depan
kenderaannya mengeluarkan asap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan