Tadi saya menerima SMS dari seorang
pelajar UKM yang saya bantu sebelum ini. Katanya juniornya kesempitan
wang, dia telah memberi sebahagian wang derma orang ramai kepadanya
untuk membantu junior tersebut, tapi masih kurang RM500 untuk
keperluan penginapan.
Saya membalas SMS kepadanya, minta
maaf, sementara ini saya belum dapat membantu.
Sekarang saya sedang menonton Cinta
Ilmu di TV Hijrah, membahaskan isu Zakat, termasuk Zakat KWSP.
Zakat KWSP hanya boleh ditunaikan
selepas kita mengeluarkan wang simpanan KWSP kita pada usia 55 tahun
dan ianya untuk haul tahun tersebut saja.
Kenapa tidak dikaji semula zakat KWSP
ini demi untuk membantu ramai yang memerlukan pertolongan seperti
ramai pelajar IPT yang kesempitan wang?
Kenapa tidak ditolak sahaja zakat KWSP
ini setiap tahun dari tabung simpanan KWSP tersebut? Walaupun sebelum
umur 55 tahun kita tidak boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP, akan
tetapi setiap tahun , setiap bulan tabungan KWSP tersebut adalah
hasil titik peluh kita sendiri.
Bayangkan berapa ramai anak yatim,
pelajar IPT, sekolah tahfiz dapat dibangunkan kalau setiap tahun umat
Islam yang ada simpanan KWSP melebihi RM11,000 akan ditolak secara
otomatik untuk zakat sepertimana simpanan kita dalam Tabung Haji?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan