Setiap yang berlaku itu pasti ada
hikmahnya. Terpulang kepada kita nak ambil yang positif atau
sebaliknya. Jiran saya dengan isteri telah 3 kali tertangguh nak
pergi umrah ketika cuti sekolah ini. Akhirnya beliau batalkan hasrat
untuk pergi umrah kerana sering tertangguh, sedangkan ayah dan ibu
mertuanya sudah lepas pergi.
Apa hikmah disebalik kejadian ini?
Adakah umat Islam di Malaysia ini mempunyai simpanan yang banyak
untuk menunaikan umrah? Jika tidak dapat pergi umrah untuk ziarah
kekasih kita yang dicintai Nabi Muhammad SAW dan ziarah Rumah ALLAH,
tidak adakah amal ibadah lain yang dapat mengubat cinta kita
tersebut?
Apa amal ibadah lain dengan kos
RM6,000 atau mungkin RM10,000 yang dapat mengubat kerinduan kita ke
Mekah dan Madinah?
Apakah ALLAH minta kita fikir sejenak,
perhatikan saudara mara sekeliling kita, perhatikan jiran tetangga
kita, perhatikan ibu dan ayah kita sendiri di kampung yang lama tidak
dijenguk, perhatikan saudara mara kita di kampung yang kais pagi
makan pagi kais petang makan petang yang sentiasa mengharapkan
bantuan JKM dan BR1M sedangkan ada saudara mara mereka , orang
sekampung yang mampu membantu mereka?
Ketahuilah sedangkan Sultan yang paling
hebat iaitu Sultan Salahuddin Al Ayubi yang membebaskan bumi
Palestin, yang duduk hampir dengan Mekah dan Madinah pun tidak
berkesempatan untuk menunaikan haji kerana kesibukan Baginda
memikirkan masalah umat serta membebaskan bumi Palestin dari
cengkaman tentera salib yang zalim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan