KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140629

Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan

Salam, pesanan ini adalah untuk teman-teman dan jiran-jiran saya di Taman Alamanda, Senawang. Mungkin ada yang tak perasaan ada jiran kita yang memerlukan bantuan pada ketika ini. Untuk makluman Encik Saffian bin Mat Jani, 48 tahun di No 77, Jalan Alamanda 5 telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kakinya, kulit dikedua-dua belah kakinya telah dibuang akibat beberapa komplikasi sejak tahun lepas lagi.

Beliau bekerja sendiri sebelum ini, kini tidak mampu bekerja, kerana tidak mampu untuk bangun dan bergerak seperti biasa serta memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk perubatan.

Walaupun telah mendapat bantuan Baitul Mal namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan. Ianya dibantu dengan bantuan dari jiran, saudara mara dan kenalan.

Permohonan JKM telah dibuat, namun belum ada jawapan positif.

Justeru itu saya menyarankan warga Alamanda yang ingin membantu bolehlah melawat beliau sekeluarga di alamat tersebut.

Anak beliau yang masih bersekolah bekerja pada sebelah malam di warung burger Zairol di Jalan Alamanda 1, kawasan perumahan kos rendah.

Untuk sahabat-sahabat di taman lain pun saya percaya ramai jiran setaman tuan-tuan yang memerlukan bantuan seperti Encik Saffian ini. Carilah mereka, bantulah mereka, semoga ALLAH mencurahkan rahmah, kasih sayang kepada kita semua.

Selamat Berbuka Puasa

Tiada ulasan: