Ada lagi kes macam ni !
Guru rugi RM46,400 ditipu ‘pegawai’ Bank Negara
20 Jun 2013
Sabak Bernam: Seorang guru berusia 34 tahun terpaksa
menanggung kerugian kira-kira RM46,400 apabila ditipu seorang individu yang
mengaku ‘pegawai’ dari Bank Negara kerana mendakwa mangsa mempunyai tunggakan
kad kredit, 14 Jun lalu.
Seperti kes yang dilaporkan media sebelum ini, mangsa juga
dihubungi ‘pegawai’ bank berkenaan yang menyatakan dia perlu membayar tunggakan
kad kredit berjumlah RM4,630 sekiranya tidak mahu akaun banknya dibekukan.
Tanpa berfikir panjang selain bimbang akaunnya benar-benar
dibekukan, mangsa kemudian mengeluarkan semua wang simpanan miliknya di dua
bank berjumlah RM42,000.
“Mangsa pada mulanya curiga selepas didakwa mempunyai
tunggakan bayaran kad kredit kerana mangsa tidak pernah memohon kad kredit,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan