KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130624

Wabak Malaria, pekerja asing pula dipersalahkan




Nampaknya pekerja asing membawa pelbagai penyakit. Adakah undang-undang negara ini terlalu longgar sehingga menyebabkan peningkatan kes demam malaria dan TB (Batuk Kering) atau terdapat unsur rasuah dalam pelaksanaan undang-undang kemasukan serta kawalan pekerja asing? Sepupu saya yang sebelum ini dijangkiti malaria berkata berkemungkinan terdapat warga asing yang mengambil gaharu liar dalam hutan sekitar Rembau.

Pekerja asing didakwa menjadi punca malaria merebak di Kampung Sungai Rual

23 Jun 2013 - Kehadiran ramai pekerja asing dalam sektor pembalakan didakwa menjadi punca berlaku wabak malaria di penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Rual di sini bulan lalu.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jangkitan tersebut berpunca daripada pekerja asing berkenaan yang terlebih dahulu diserang malaria ekoran terdedah pada gigitan nyamuk di dalam hutan.

Katanya, analisis yang dilakukan pasukan perubatan daripada Jabatan Kesihatan negeri mendapati, beberapa pekerja balak telah menghidap malaria sebelum merebak menjadi wabak menyebabkan 112 penduduk Orang Asli terpaksa ditahan di Hospital Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

"Sebelum ini tidak pernah berlaku malaria di sini dan analisis yang dilakukan oleh pegawai kesihatan Jeli mendapati jangkitan asal adalah daripada pekerja asing di sektor pembalakan," katanya.

Mustapa berkata, wabak malaria yang melanda kampung itu bagaimanapun sudah pulih namun langkah-langkah pencegahan akan diteruskan termasuk mengesan beberapa pekerja asing yang dikatakan telah melarikan diri.

"Saya difahamkan semua pekerja asing itu sudah melarikan diri apabila siasatan mendapati mereka menjadi punca jangkitan. Mereka tidak dapat dikesan lagi, malaria sudah lama tiada di Malaysia tetapi kerana ada pekerja asing, penyakit itu muncul kembali.

Tiada ulasan: