KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130613

Sungguh tak bertamadun, merokok di tempat awam




Pagi tadi saya bersarapan di Restoran Kaklang di Taman Desa Dahlia, Senawang. Separuh perjalanan sarapan saya, datang seorang LELAKI MELAYU ISLAM di depan saya, selamba saja menghisap rokok. Orang sekarang tak boleh ditegur, sebab semua bijak pandai, lebih pandai dari ulamak, silap tegur kita kena pukul, silap haribulan naik kerambit.

Tak tahan dengan asap rokok tersebut, lalu saya ambil cawan, dan pindah ke meja lain. Itu saja cara kena nak tegur orang yang tak reti bahasa.

Nampaknya Wawasan 2020, Negara Islam di Malaysia ini hanya retorik, palsu semata-mata. Masih ramai orang MELAYU ISLAM tak tahu adab berada di tempat awam. Masih ramai MELAYU ISLAM tak tahu guna tandas masjid, guna tandas masjid untuk buang air dan tukar lampin bayi saja.

Entahlah, Khutbah Jumaat pun tak minat sentuh isu-isu macam ini, isu macam ni perkara kecil saja agaknya. Yang penting sekarang ialah isu hina Raja, hina Sultan, hina Agong.

Kita bangkitkan isu hina Nabi, tapi kita tak semarakkan isu Cinta Nabi, pakai cara Nabi, berada di tempat awam cara Nabi, tidak merokok cara Nabi, menjahit baju cara Nabi, mentadbir negara cara Nabi dan macam-macam lagi.

Tiada ulasan: