KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130617

Alhamdulillah, perkembangan positif peniaga cendol dan peniaga pau

Tak sampai sehari saya tulis artikel mengenai sikap peniaga Melayu, antara peniaga cendol dan peniaga pau di tepi jalan utama Seremban-Rembau berhampiran Sg Gadut, petang tadi saya lalu, sudah tiada lagi digantung kain rentang yang agak memalukan saya sebagai orang Islam, orang Melayu.

Terimakasih kepada semua yang mendoakan agar permasalahan peniaga di atas dapat berakhir dengan baik dan diredai Allah.

Para peniaga kita perlu dibimbing dan diperingatkan bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Dan tip untuk rezeki kita bertambah-tambah dan berkat apabila kita mengeratkan silaturrahim, apatah lagi sesama peniaga Islam. Bukan setakat tambah rezeki, bahkan tip untuk umur panjang juga ialah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Marilah kita mengeratkan silaturrahim ini bermula bulan Syaaban ini dan seterusnya, jangan tunggu masa Raya saja.

Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.

Huraian Hadith:
- Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.

- Silaturahim dalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.

- Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.

- Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.

Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin


Tiada ulasan: