KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130623

Malam ni Nisfu Syaaban ada Fenomena Supermoon



Alhamdulillah , malam ni Nisfu Syaaban, ada tinggal 15 hari saja lagi kita nak banyakkan puasa sunat bulan Syaaban. Kalau kita cintakan Nabi Muhammad saw, mari kita banyakkan puasa di bulan ini.

Fenomena 'Supermoon' Esok - Angkasa
22 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa). Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa. "Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer," katanya.

********
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (Riwayat al Bukhari)

Tiada ulasan: