KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130617

Pasar Malam atau Pasar Maghrib?






Tak pasti macamana keadaan pasar malam di negeri lain pada waktu Maghrib. Tapi tinjauan saya di N.Sembilan antaranya di pasar malam Rembau sebelah Masjid Jamek Rembau, pasar malam Senawang di Taman Kobena serta Taman Senawang Jaya mendapati suasana pasar malam ini amat meriah sekali apabila hampir masuk waktu dan sewaktu azan Maghrib dilaungkan. Sedangkan majoriti peniaga dan pengunjung pasar malam ialah orang Melayu beragama Islam.

Marilah kita doakan agar semua peniaga pasar malam seluruh Malaysia selepas ini akan tutup sementara perniagaan mereka pada waktu Maghrib manakala semua pengunjung yang beragama Islam tidak mengunjungi pasar malam pada waktu Maghrib walaupun tiada arahan melakukan sedemikian dari pihak berkuasa.

Semoga rezeki peniaga dan pembeli lebih berkat dan diredai Allah !


BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut. Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.

LARANGAN BERNIAGA PASAR MALAM WAKTU MAGHRIB

Arahan telah dikeluarkan kepada semua peniaga Pasar Malam dalam Kawasan Majlis Daerah Jeli supaya mematikan lampu dan memberhentikan perniagaan 5 minit sebelum masuk waktu Solat Maghrib dan 5 minit selepas.

PASAR MALAM TUTUP 20 MINIT, HORMATI WAKTU MAGHRIB

24 Sep 2012 -  BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa. Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.  

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula. Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

Tiada ulasan: