KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130626

Jenayah pelajar, kenapa tak digesa buat solat jemaah, solat hajat?




Kegiatan jenayah dan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan. Jika masalah jerebu kita kembali kepada Allah dengan mengadakan Solat Istisqa’, kenapa tidak masalah jenayah di kalangan pelajar sekolah kita kembali juga kepada Allah dengan memastikan guru-guru dan para pelajar yang beragama Islam Solat Zuhur dan Asar berjemaah di surau sekolah, dan dari masa ke semasa mengadakan Solat Hajat di dewan atau padang sekolah agar masalah jenayah dan disiplin di kalangan pelajar sekolah berkurangan disamping kita menggunakan teknologi moden dan terkini?

******************
Guna biometrik, poligraf di sekolah

25 Jun 2013 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan penggunaan teknologi biometrik dan poligraf di semua sekolah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah dan perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sebagai permulaan, sebanyak 230 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini telah mengguna pakai sistem dikenali sebagai Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) itu.

Menurutnya, SPPTP dibangunkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

"Meskipun kes-kes jenayah melibatkan pelajar masih terkawal namun kita perlu ambil langkah pencegahan termasuklah dengan pengenalan SPPTP yang dihasilkan secara inovasi oleh IPK Kedah.

"Menerusi sistem itu pelajar yang bermasalah akan diambil cap jari atau ciri-ciri fizikal lain seperti imbasan retina (anak mata). Sekiranya terdapat kes tertentu, ujian poligraf juga boleh dijalankan untuk mengesan pembohongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi PDRM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim di sini hari ini.

Tiada ulasan: