KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130624

JAS perlu salur info IPU jerebu lebih kerap




Buat masa ini laman web Jabatan Alam Sekitar menyalurkan maklumat IPU (Indeks Pencemaran Udara) hanya 3 kali sehari , iaitu bacaan pada jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 ptg. Memandangkan keadaan jerebu tidak menentu yang boleh berubah setiap jam secara mendadak adalah perlu Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Alam Sekitar agar menyalurkan maklumat IPU ini lebih kerap.

Maklumat IPU ini di kawasan yang tidak sihat, amat tidak sihat dan berbahaya juga perlu disalurkan kepada mereka yang berada di kawasan yang terlibat melalui SMS secara percuma memandangkan ramai yang tiada kemudahan akses internet dan adakalanya laman web Jabatan Alam Sekitar sukar diakses.

Tiada ulasan: