KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130626

Waspada ancaman malaria, kepialu di Kelantan



PASIR PUTEH 26 Jun 2013 - Penduduk di kawasan pedalaman dinasihatkan supaya berwaspada berikutan penularan beberapa wabak penyakit yang boleh membawa maut terutama malaria dan kepialu yang mula dikesan di negeri ini.

Setiausaha Majis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Rosle Mamat berkata, setakat ini sebanyak 137 kes dikesan dengan membabitkan mangsa di tiga jajahan iaitu Jeli, Gua Musang dan beberapa kes terpencil di Pasir Mas.

Beliau berkata, wabak penyakit berjangkit ini mula dikesan pihak berkuasa khususnya Jabatan Kesihatan sejak awal Jun lalu di mana langkah drastik untuk membendung dan menanganinya dari terus merebak sudah dilaksanakan.

"Bagaimanapun sehingga kini tiada kematian disebabkan penyakit berkenaan. Ini kerana kejayaan pengesanan awal dan rawatan berterusan dilakukan kepada mangsa terbabit.

"Kita perlu berwaspada kerana kedua-dua penyakit ini ada menunjukkan angka peningkatan yang memerlukan tindakan bersepadu pelbagai agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Tiada ulasan: