KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130623

Ribut Bebinca pula dipersalahkan isu bala jerebu


Memang betullah wujud ribut tropika Bebinca ini yang memburukkan lagi bala jerebu di Malaysia pada ketika ini. Tapi siapa pula yang mencipta ribut Bebinca ini, siapa pula yang suruh ribut Bebinca ini tertumpu di Muar, tempat berlakunya kes pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas?

Ribut tropika Bebinca jadi punca
22 Jun 2013

KUALA LUMPUR – Krisis jerebu yang melanda negara sejak minggu lalu terutama di Johor kini semakin buruk apabila 475 buah sekolah di empat lagi daerah di negeri itu terpaksa ditutup semalam. Krisis tersebut dijangka berterusan sehingga Rabu depan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), ia berpunca daripada ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya.

**************
Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453
Sabtu Jun 22, 2013 MYT 8:46:16 PM

MUAR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar mencapai tahap amat berbahaya pada pukul 4 petang ini dengan bacaan 453, semakin merosot berbanding 373 yang direkod pada 11 pagi Sabtu. Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi) dan 360 (10 pagi).

*********

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). (Al-A'raaf 7:57) |

****************

PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS

MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini. Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.

Tiada ulasan: