KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130616

Malunya saya, peniaga Melayu berpecah belah


Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” yang memaparkan gambar senario dua orang peniaga Melayu yang berniaga di tepi jalan utama Seremban-Rembau berhampiran pejabat saluran paip gas Petronas di Sg Gadut. Semalam saya lalu kawasan tersebut, terdapat satu lagi kain rentang tambahan, yang apabila saya tengok kain rentang tersebut, mendatangkan keinsafan kepada saya.

Saya malu, saya pun orang Melayu beragama Islam, tetapi ada saudara seagama saya, sebangsa saya yang apabila saya tengok kain rentang terbaru ini, menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang bukan Islam, yang bukan Melayu, yang lalu lalang di jalan utama Seremban-Rembau ini bahawa kita peniaga Melayu tidak boleh bekerjasama.

Kemudian tidak ada sesiapa pula yang dapat mendamaikan antara kedua peniaga ini, termasuk diri saya yang daif, termasuk pemimpin Melayu setempat, pemimpin Islam setempat.

Marilah kita doakan agar senario peniaga Melayu yang tidak dapat bekerjasama, dengki mendengki ini akan berakhir dengan pelan perdamaian yang baik, iaitu dengan mengukuhkan silaturrahim hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Kalau saya ada kuasa di tangan saya, kalau saya tak dapat mendamaikan kedua mereka ini dengan izin Allah, mungkin saya akan buatkan gerai Majlis Perbandaran yang lain untuk peniaga pau tersebut. Jangan kita salahkan mana-mana peniaga dalam kes ini, sebab kita tak tahu apa punca semua ini.

Kita doakanlah saja yang terbaik untuk kedua-dua peniaga ini, seorang berniaga cendol, seorang berniaga pau.

Artikel saya sebelum ini bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” di http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html

Tiada ulasan: