KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130620

Lagi maut akibat kencing tikus, mari kita bertaubat




Nampaknya wabak bala kencing tikus di Malaysia ini makin menjadi-jadi. Menurut hadith antara punca turun bala apabila banyak kes buang bayi dan anak zina. Marilah kita banyak bertaubat, melakukan amar maaruf nahi munkar, serta sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita terutama di tempat awam, taman rekreasi serta kawasan air terjun. 

Pelajar sekolah mati selepas dijangkiti kencing tikus

19 Jun 2013 - Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka di sini meninggal dunia semalam akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang.

Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, pada 30 Mei lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.

"Mohd Alif meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi semalam dan dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu pada hari sama," katanya.

Sementara itu, Pengarah HUSM Kubang Kerian Datuk Dr Zaidon Kamari dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini mengesahkan mengenai kematian pelajar tersebut akibat virus jangkitan kencing tikus.

Hadith Nabi :

“Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama belum meluas dalam kalangan mereka anak zina. Kalau sudah ramai dalam kalangan mereka anak-anak zina, maka segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam.” - Hadith Riwayat Ahmad dan Tabrani



Tiada ulasan: