Fatwa serta undang-undang syariah
seluruh negara harus diselaraskan untuk mengelakkan kekeliruan di
kalangan umat Islam. Ketidakseragaman ini menunjukkan seolah-olah
para alim ulama di negara ini tidak bersatu padu. Bagaimana hendak
mengharapkan umat Islam yang jahil bersatu padu jika fatwa dan
undang-undang syariah tidak diseragamkan.
Hisap shisha haram
29 Jun 2013
KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis
mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana dikatakan
boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja
Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali
ke-11/2013 pada 24 Jun lalu membuat keputusan itu dan surat akan
dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK)
berhubung perkara tersebut.
Beliau berharap MPK dapat menghalang
kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan