Memang baik kita ambil berat mereka
yang memerlukan bantuan. Tapi disebabkan kesibukan kita entah dengan
apa-apa, kita terlepas pandang bahawa ada saudara mara kita dan jiran
tetangga kita yang susah.
Semalam saya sekeluarga melawat dua
pupu sebelah emak yang kemalangan motosikal. Agak parah
kemalangannya, dia telah menjalani pembedahan kepala untuk
mengeluarkan darah beku. Hampir separuh kepalanya dibedah dengan
lebih 40 jahitan, kini dia tiada lagi tempurung kepala. Beliau baru
semalam keluar hospital dan kini sedang menjalani proses pemulihan di
rumah yang doktor kata perlu masa setahun untuk pulih, tetapi tidak
seperti asal.
Dua pupu ini dari golongan yang susah,
bekerja biasa saja. Saya berharap saudara mara saya sebelah emak
dapat menziarahi dua pupu saya ini dan membantu ikut kemampuan
masing-masing, kalau tak dapat membantu dari segi kewangan, ziarah
pun sudah cukup. Kerana apabila kita ziarah mereka yang sakit,
beribu-ribu malaikat bersama kita.
Malamnya setelah selesai menghadiri
sesi taklimat isu jenayah semasa oleh pihak polis, saya bertanyakan
kepada jiran saya, hari tu dia kata jirannya dalam kesusahan,
perlukan tandatangan nazir masjid untuk dapat bantuan Baitul Mal
kerana anak lelakinya yang berusia 1 tahun lebih kini ICU di Hospital
Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung dan paru-paru.
Jiran dia tadi hanya bekerja sebagai
pembantu kedai di taman perumahan berhampiran. Isterinya surirumah
sepenuh masa. Mereka tinggal di perumahan kos rendah dan mempunyai
seorang lagi anak perempuan 4 tahun. Siapa yang tak sayang anak.
Jiran dia tadi semenjak anaknya terlantar sakit dia terpaksa berulang
alik dari Seremban ke KL menaiki motosikal bersama isteri dan anaknya
yang berusia 4 tahun. Dia terpaksa berhenti 5 kali dalam perjalanan
kerana anaknya yang 4 tahun tadi tertidur ketika dikendong isterinya.
Disebabkan dia tidak dapat bekerja
sepenuh masa sekarang ini, jiran dia tadi tidak dapat menjelaskan
pelbagai bil, dan terpaksa berhutang dengan majikannya untuk
keperluan hidup. Saya maklum kepada jiran saya, kalau jiran dia tadi
pulang supaya dapat maklum supaya kita boleh bantu apa yang boleh
sementara menantikan bantuan Baitul Mal atau JKM.
Sekali lagi, saya menyerulah kepada
jiran-jiran saya yang berkemampuan dari segi kewangan agar dapat
membantu jiran kita ini. Kalau tak mampu bantu dari segi kewangan,
kita ziarahlah kalau mampu pergi ke HKL, kalau tak mampu kita berdoa
agar Allah memudahkan urusan jiran kita yang kesusahan ini serta
membuka pintu hati jiran kita yang lain untuk membantu.
Jadi kepada kita yang rasa selesa, atau
rasa susah, atau rasa gundah gulana. Jenguk-jenguklah, cari-carilah
saudara mara kita, jiran tetangga kita yang jauh lebih susah daripada
kita.
Semoga ianya mendatangkan keinsafan
kepada kita semua agar kita sentiasa bersyukur dan bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan